PAPARAN IKLAN TERKINI

Wednesday, 21 March 2012

Orang luar negara daaa

                                      
                                             ni kot orang yang datang visit tu hahahaha

Hahaha xsangke aku orang luar negara jumpe blog aku..korang semua mesti dah siap ada pengikut or followers dari luar negara kan ( bagi yang wat dalam English ler).. aku rase dia salah tekan kot..by the way thanx a lot to that gurl/guy that visit me from brazil.. I feel excited and I think after this once or twice a week I will post in English and about environmental protection… OFCOURSE!!! Its all about a global thing. Nowadays everyone need to think green, do green and build green in order to save our mother EARTH. Years after years we destroy our earth now it is times to save the earth.. new generation new green generation. Some people always said.. our earth and the thing inside it we borrow it from our next generation. So everyone we need to treasure it, in order to show our son or grandchildren the greenery of earth.. Sorry grammar error.. saya xtau sgt English ni hahaha…

Monday, 19 March 2012

Fairy Tail.........

Fairy tail


Fairy tail ni merupakan siri anime yang terbaru dalam manga dan anime tapi telah mendapat top ranking oleh peminat mangaka. Sinopsis


                                       


Lucy adalah gadis, 17 tahun yang berkeinginan menjadi ahli magik sepenuh masa. Satu hari ketika melawat Harujion Town, Lucy terjumpa Natsu, seorang lelaki yang akan sentiasa mabuk kenderaan. Tapi natsu bukan sebarangan lelaki namun merupakan member salah satu daripada persatuan magik yang tidak terkenal FAIRY TAIL!!!

Sekarang ni Fairy tail dah sampai episode ke 275(manga die je huhu) tuk anime 100++ episode …ape yang menariknya tentang Fairy tail ni..dia tampilkan ahli sihir yang selama ni kita piker kolot tapi dekat jepun dia mampu jadikan magic ni sebagai satu manga. Dalam fairy tail selalunya pada permulaan sesiapa yang mampu menguasai magik akan hanya menguasai satu teknik..contoh gray ngn magi kais, natsu dengan magik api, dan lucy dengan magik kunci zodiac nye.. jadi sekarang magik tu dah jadi fun bagi diorg bukan satu yang menakutkan

Bagi aku penulis ni memang kuat imaginasi sebab tu dia boleh bayang kan pelbagai enekmen2 magik yang xpernah kita terfikir. Pada mulanya fairy tail ni xbegitu diminati dan hanya sekadar mengisi kekosongan di manga namun selepas pelbagai konflik dan magik diselitkan dia terus mendapat permintaan ramai

Tuk anime dia kenapa aku minat sebab anime dia ada selitkan pelbagai jenis magik dan nampak lebih realistic..yela magik yang ditampilkan cantik…tapi biler dalam manga nampak static je..so dalam anime nye lebih nampak real n seksi..( huhu lucy je sexy…Erza ganas)

K dah la tu citer pasal cerita Fairy tail ni..nak tau lebih lanjut checkup kat mangareader.net or mangastream.. stay cool!!! Xlupe gak .,,,, (for animation with English subs)

Friday, 16 March 2012

Toriko the food hunter

Toriko


Toriko ni merupakan siri anime yang terbaru dalam manga dan anime tapi telah mendapat top ranking oleh peminat mangaka. Sinopsis

                                      

Di dunia di mana rasa dan tekstur makanan yang sangat penting,Toriko seorang pemburu makanan berharga yang selalu diupah oleh restoran dan orang kaya, seorang lelaki yang mempunyai kemahiran manusia luar biasa untuk menangkap haiwan yang ganas dan jarang bagi menamatkan barisan makanan utama serta bersama Komatsu seorang tukang masak yang lemah pemalu yang mengagumi kehebatan toriko dan mengiringi toriko pada semua perjalanan untuk perjalanan hidup toriko

Sekarang ni Toriko dah sampai episode ke 179(manga die je huhu) tuk anime 45 episode …ape yang menariknya tentang toriko ni.. dia tampilkan satu jalan cerita komik yang xpernah wujud sebelum ni..xde kesinambungan atau yang sama dengan manga lain..mmg sebelum ni ada manga yang cerita pasal makanan macam yakitate japan n macam2 lagi..cumer toriko ni die cerita tentang dunia makanan yang seakan2 syurga la bagi aku…yela ada sungai manisan arak semua tu..kan semua tu Allah janjikan pada umatnya yang beriman bila dah masuk syurga nanti.Aminn…

Bagi pendapat aku la.. penulis cerita toriko ni mesti dia penah bace quran atau tentang syurga haha..sedap aku penah dengar ada satu makanan kat syurga kalo kite kunyah sekali rasa 50000 rase yang berbeza kali kedua rase 50000 lagi rase yang berbeza… macam dalam toriko ni pun ada contohnye Sup abad atau Century soup biler ditelan terdapat lebih beribu2 tekstur makanan dalam satu sudu suop..wowww biler la dapat rase semua tu kan..

Tuk anime dia kenapa aku minat sebab anime dia ada selitkan pelbagai jenis makanan yang xpernah kita lihat rase atau bayangkan. Diorg akan ceritakan pasal makanan kat Gourmet world tu kat permulaan cerita tiap2  kali episode..aku pasti la korang xkan jemu punye ..huhu enjoy k…

K dah la tu citer pasal cerita Toriko ni..nak tau lebih lanjut checkup kat mangareader.net or mangastream.. stay cool!!! Xlupe gak goodanime(for animation with English subs)

LIMITLESS

Ok hari ni kita stop jap k…pasal cerita merapu aku pasal anime tu..cite pasal filem lak hari ni yang berkali2 aku tonton kat HBO or Star movies xingt la huhu…

LIMITLESS

Limitless merupakan satu filem mengenai dadah yang mampu membuatkan manusia menggunakan 100% tahap pemikiran..menurut para saintis manusia hanya menggunakan 10% daripada akal yang dikurniakan Tuhan. Sinopsis :

                                          
Suatu tindakan tentang seorang penulis yang mengambil dadah eksperimen yang membolehkan beliau menggunakan 100 peratus daripada fikirannya. Sebagai seorang manusia berubah menjadi versi yang sempurna, kehilangan kerja sebagai penulis Eddie Morra (Cooper) dan ditinggalkan oleh teman wanitanya Lindy (Abbie Cornish) yang mengesahkan kepercayaannya bahawa dia mempunyai sifar masa depan. Walaupun masa depannya gelap, suatu hari adik ipar Eddie Morra memperkenalkan Eddie NZT, farmaseutikal pereka yang menjadikan dia super fokus dan lebih yakin daripada mana-mana lelaki yang hidup atas muka bumi ini. Sekarang diatas kesan pengambilan NZT, segala apa yang dibaca didengar dilihat mampu ditafsirkan oleh Eddie secara pantas. Daripada orang yang tidak dikenali, Eddie meningkat ke dunia kewangan , beliau menarik perhatian ahli perniagaan maestro Carl Van Loon (De Niro), yang melihat Eddie sebagai alat untuk mengaut keuntungan berbilion. Tetapi kesan sampingan yang kejam menjejaskan pendakian mendadak…apakah kesudahan cerita ini….nengok la sendiri kalo nak tau huhu…

Cerita ni best sebab kebanyakan jalan cerita nye ringkas dan padat..dan kita akan tau ada perkara yang manusia mampu lakukan jika kita yakin dan fokus..cumer bila masanya tuk kite rebutkan peluang yang ada didepan mata kita…

P/S : Credit to Relativity Media dan IMDB 

Wednesday, 14 March 2012

Bleach pencuci tandas hahahaha

Bleach


Bleach ni merupakan siri anime yang tersenarai dalam top ranking oleh peminat mangaka. Sinopsis

                                                    

Ichigo Kurosaki yang dapat melihat hantu di sekeliling nya,namu perkara tersebut tidak dapat mengubah apa-apa dalam kehidupan Ichigo yang membosankan, sehinggalah kedatangan Rukia dari Soul Society dalam misi memburu Hollow( roh jahat yang berkeliaran memburu manusia.Dalam usaha untuk menyelamatkan keluarga Ichigo, Rukia telah meminjamkan kuasanya kepada Ichigo. Kesemua kuasa Soul Reaper Rukia telah disedut oleh Ichigo. Sejak daripada itu Ichigo bersama2 Rukia memburu Hollow.

Sekarang ni Bleach dah sampai episode ke 484(manga die je huhu) lamer jugak la cam manga naruto..fuhhh tapi jalan cerita die xpernah membosankan . Bleach ni best sebab die fighting pakai pedang huhu..sangat2 klasik fantasi yang ditunjukkan..

Tuk anime dia kenapa aku minat sebab cerita ni sentiasa ada konflik2 yang besar, yang xdisangka2  dan Ichigo ni akan meningkat kuasanya tiap kali konflik berlaku.

Tapi yang xbestnya sekarang ni Ichigo dah makin xseronok di baca,,.lebih kepada cakap2 dari fighting tapi epik kali ni menampilkan konflik yang tidak dapat dijangka peminat bleach..perlawanan antara Soul Society dan kawan lama mereka….nantikan!!!!!!!!

K dah la tu citer pasal cerita Bleach ni..nak tau lebih lanjut checkup kat mangareader.net or mangastream.. stay cool!!!


One Piece...GILA GEMPAK!!!!

Onepiece
  
Onepiece ni merupakan siri anime yang terkenal di Jepun dan seluruh dunia. Sinopsis

                                                

Dalam usaha untuk menjadi lanun yang terhebat di dunia. Monkey D. Luffy, telah menelan dan menguasai kuasa getah yang mana seluruh badannye menjadi getah melalui buah setan. Untuk menjadi yang terkuat Luffy perlu menuju ke grandline dalam usaha mencari One Piece, harta yang termasyhur di seluruh dunia.( dikatakan sape yang miliki One Piece akan dapat kawal satu dunia)  

Sekarang ni onepiece dah sampai episode ke 659(manga die je huhu) lagi lamer dari manga naruto..fuhhh tapi jalan cerita die xpernah membosankan . luffy ni agak sengal n slalu je cari masalah kat maner je dia pergi. Dengan ditemani nakama nye atau teman seperjuangannya luffy dalam misi menjadi Raja Lanun.. kawan2 Luffy setakat ni adalah  Nami, Zorro, Sanji, Usopp, Robin, Franky, Chopper, dan Brook..

Tuk anime dia kenapa aku minat sebab cerita ni sentiasa ada perkmbangan dan teknik2 berlawan yang pelbagai..xpernah jemu nak nengok anime dia.. dan setiap konflik yang terjadi merupakan konflik yang besar2 yang xdijangka berlaku,,,sememangnya One Piece menghidangkan kejutan yang melampau!!!!!!!!!

Kali ni xde tapi2 hahaha…cerita n paling best bagi aku..sebab banyak info sains yang diajar dalam ni walaupun kebanyakan jalan cerita xlogik…sebagai contoh keadaan kawasan laut dalam yang memiliki pusaran air yang berbeza di sebabkan gunung berapi dasar laut..memang fantastik sangat.

K dah la tu citer pasal cerita Onepiece ni..nak tau lebih lanjut checkup kat mangareader.net or mangastream.. stay cool!!!


Naruto Shippuden!!!!

Naruto


Naruto ni merupakan antara siri anime yang terlama di jepun. Sinopsis


                               

Sebelum Naruto(watak utama) dilahirkan, seekor musang syaitan telah menyerang Hidden Leaf Village aka kampong naruto. Hokage keempat pada masa itu yang merupakan bapak naruto telah mengurung setan tu dalam badan naruto…kira cam saka la ni huhu,, lepas kejadian tu naruto telah dicaci maki dan dipulaukan orang kampong. Namun disebalik kekurangan dalam ninjutsu naruto mempunyai satu matlamat untuk bergelar hokage dan diakui orang ramai sebagai ninja terhandal.

Sekarang ni naruto dah sampai episode ke 577(manga die je huhu) perghh macam maner la penulis dia kishimoto tu perah pale hotak dia tuk piker semua ni marvelous!!! Epik cerita kali ni paling diminati peminat setia naruto kerana melibatkan banyak watak2 yang hebat2 dan kemajuan naruto yang xdapat dijangka yang paling penting banyak fighting daa dari cakap2 huhu best2..

Tuk anime dia kenapa aku minat sebab fighting dia lebih nampak futuristic dan lebih banyak ninjutsu yang ditayangkan. Dan sebarang kekeliruan dalam manga dapat difahami dekat dalam anime naruto coz die ade ulang tayang citer2 sebelum naruto lahir..

Tapi!!!!!!!!!!!!!! Ada tapi daa… yang xbestnya kalo anime ni korang download punye la lama… sekali nengok2 die cita bende yang xde kaitan langsung ngn kehidupan naruto…kire diorg sajer2 je la buat bende tu.. tu nnt wat korang menyampah..jalan penyelesaian..tggu je orang lain download..kite seduttttt je huhuhu..

K dah la tu citer pasal cerita naruto ni..nak tau lebih lanjut checkup kat mangareader.net or mangastream.. stay cool!!!